Sekolah
Kebangsaan Chukai merupakan sekolah kebangsaan tertua di
daerah Kemaman yang menjadi tumpuan ibu bapa sekitar bandar
Chukai menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan
rendah.
Sekolah ini telah mendapat dua blok bangunan tambahan empat
tingkat dan mula boleh digunakan pada pertengahan tahun
2003. Ini membolehkan sekolah ini beroperasi sebagai sekolah
satu sesi mulai tahun tersebut. Blok bangunan baru menempatkan
ruang Pejabat, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber,
Bilik Komputer dan lain-lain. Di bangunan ini juga ditempatkan
bilik darjah untuk murid tahap dua (Tahun 4, 5 dan 6). Murid
tahap satu (Tahun 1, 2 dan 3) ditempatkan di blok bangunan
lama.
Pencapaian akademik (UPSR) bagi tiga tahun kebelakangan
menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan. Peratus 5A
meningkat dari 12.6 kepada 16.5 dan minimum ‘C’
dari 57.14 kepada 63.70 pada tahun 2003. Ini menggambarkan
kumpulan kerja di SK Chukai satu kumpulan yang mantap dan
bersatu padu.
Lantaran itu, perancangan strategik untuk tempoh 3 tahun
(2004-2006) untuk sekolah ini telah disediakan supaya berlaku
lonjakan saujana dalam memenuhi Visi, Misi dan Objektif
Sekolah. Hasrat ini akan dikongsi bersama dengan warga sekolah
seperti guru, murid dan kakitangan sokongan; ibu bapa dan
masyarakat sekitar.
Model Bisnes Strategik dilaksanakan melalui 3 Teraju iaitu
Pembangunan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Beberapa jawatankuasa diwujudkan dibawah ketiga-tiga teraju
tersebut untuk merangka program dan aktiviti ke arah mencapai
visi, misi dan objektif sekolah.
“SKC Cemerlang Warganya Gemilang”
"Ilmu
Suluh Hidup"
Sekian, terima kasih.
Haji Mohd Yusof bin Muda
Guru Besar,
SK Chukai, Kemaman.
15 Disember 2003
|