Board of Directors
 
 

HAJI MOHD YUSOF BIN MUDA, P.J.K.
GURU BESAR, SK CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU.

5.11.1953

-                      

 

dilahirkan di Kampung Merchang, Terengganu.

1.1.1960

-                      

1965

bersekolah rendah di SK Merchang, Marang, Terengganu.

1.1.1966

-                      

 

Sambung belajar di SMK MarangTingkatan 1 (sekolah baharu buka, menumpang belajar di SK Seberang Marang di sebelah petang)

1.4.1966

-                      

1970

Bertukar ke sekolah SMK Panji Alam, Kuala Terengganu hingga tamat tingkatan 5 (SPM).

1.2.1972

-                      

 

Menjadi guru sementara di SMK Maras, Kuala Terengganu.

1.6.1972

-                      

1973

Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak.

1.1.1974

-                      

1975

Ditempatkan mengajar di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Kampung Seberang, Mukah, Sarawak dan ditugaskan mengajar Tahun 1. Lulus Sijil Penuh STP pada tahun 1975 secara persendirian.

1.1.1976

-                      

1977

Bertukar ke SM Chung Hua, Sibu, Sarawak mengajar Bahasa Melayu di Kelas Peralihan.

1.1.1978

-                      

 

Ditukarkan ke SM Sacred Heart, Sibu, Sarawak.

1.1.1979

-                      

1983

Pulang ke Semenanjung bertugas di SM Ayer Puteh, Kemaman (sekolah baru dan menumpang di bangunan SK Pasir Gajah). Pernah menjawat jawatan Guru Penolong Kanan I, lantikan sekolah tahun 1980 – 1984.

1980

-                      

 

Berkahwin dengan Rahmah bt Johan pada 20.4.1980 dan dikurniakan cahaya mata seramai 6 orang iaitu Adib, Anuar, Siti Munirah, Azizan, Muhammad Arif dan Muhammad Azizol.

1.1.1984

-                      

 

Bertukar ke SMK Sultan Ismail, Kemaman dan dilantik sebagai Penolong Penyelia Petang.

1.2.1994

-                      

 

Dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Petang (DG5) di SK Kijal, Kemaman.

16.3.1994

-                      

 

Menjawat Jawatan Penyelia Sekolah di Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Terengganu

1.10.1999

-                      

 

Menjadi Guru Besar (DGA4) di SK Seri Kemaman. Mula membina Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Pengurusan Peperiksaan(SPP) dan kemudian sistem ini terkenal sebagai E-Pantau Rendah apabila diperkenalkan ke semua sekolah rendah di negeri Terengganu pada tahun 2001. Sistem Komputer Rangkaian juga dibina di sekolah ini untuk mempercepatkan proses ‘key-in’ maklumat mentah ke dalam komputer.

2000

-                      

 

Dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) oleh DYMM Sultan Terengganu.

2002

-                      

 

Menerima anugerah Guru Cemerlang Daerah Kemaman sempena Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu dan anugerah Guru Inovatif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Kemaman.

Memenangi Hadiah Ketiga dalam Pertandingan Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia – E-Pantau Menengah Rendah di Kuala Lumpur.

2003

-                      

 

Menerima anugerah Guru Inovatif Individu Negeri Terengganu sempena Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu.

1.12.2003

-                      

 

Menjadi Guru Besar di SK Chukai. Membina sistem yang sama dan telah melangkah sedikit ke hadapan dengan penggunaan sistem rangkaian tanpa wayar. Sistem lain yang sedang dan akan digunakan di sekolah ini ialah:

1. Sistem Pengurusan Disiplin (Merit Demerit)

2. Sistem Pengurusan Nilam

3. Sistem Pengurusan Kokurikulum

4. Sistem Pelaporan Lisan

5. Sistem Pengurusan Buku Teks

6. Sistem Pengurusan Perpustakaan

7. Sistem Pengurusan Stok dan Inventori

Pihak sekolah sedang mencari dana untuk memajukan sistem rangkaian komputer meliputi semua komputer di sekolah termasuk sistem keselamatan data. Mudah-mudahan sekolah ini muncul sebagai salah sebuah sekolah contoh di negeri Terengganu Darul Iman dalam bidang perkembangan ICT disamping meningkat maju dalam bidang akademik, disiplin dan kokurikulum.