PERNYATAAN
VISI
“Untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum, berakhlak mulia serta mempunyai kecintaan
terhadap kebersihan dan keceriaan diri dan alam sekitar.”
PERNYATAAN MISI
Melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada keputusan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR.
Memberi peluang seluas-luasnya penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum sehingga dapat mencipta nama.
Berusaha melaksanakan aktiviti untuk melahirkan insan kamil
yang berakhlak mulia, patuh kepada peraturan sekolah dan
sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru serta orang yang
lebih tua.
Menggalakkan murid sentiasa menjaga kebersihan diri dan
alam sekitar serta cinta dan berbangga dengan sekolah yang
bersih dan ceria.
PERNYATAAN OBJEKTIF
1. Pencapaian UPSR meningkat:
• 5A melebihi 30%
dan Minimum ‘C’ melebihi 75%
• Bahasa Inggeris, ‘A’
melebihi 35% Minimum ‘C’
melebihi 70%
• Sains & Matematik,
‘A’ melebihi 40%
dan Minimum ‘C’ melebihi 90%
• Bahasa Melayu, ‘A’
melebihi 65% dan Minimum ‘C’
melebihi 95%
2. Meningkatkan kompetensi warga sekolah dalam ICT ketahap
boleh mengakses sendiri maklumat dalam komputer untuk pelbagai
kegunaan.
3. Berjaya mencipta nama dalam permainan berikut di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan:
• Bola sepak
• Bolasepak futsal
• Bola Baling
• Hoki
4. Menggalakkan murid-murid menyertai pelbagai pertandingan
di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antara
bangsa
5. Melaksanakan aktiviti yang boleh melahirkan murid yang
berdisiplin, berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama
dan sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang-orang
yang lebih tua.
6. Menanamkan tabiat sentiasa menjaga kebersihan diri dan
alam sekitar serta sentiasa berusaha meningkatkan keceriaan
bilik-bilik tempat belajar, bangunan dan kawasan sekolah.
|