Kami
warga pendidik Sekolah Kebangsaan Chukai, 24000 Kemaman,
Terengganu dengan penuh khidmat akan berusaha sedaya upaya
kami untuk:
Mengurus pendaftaran dan pertukaran
murid dalam tempoh 10 minit selepas maklumat diperolehi.
Mengeluarkan keputusan ujian OTI dalam tempoh seminggu selepas
selesai sesuatu ujian.
Menyerahkan Buku PKBS dalam tempoh dua minggu selepas selesai
Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun
Mengeluarkan Pernyataan Keputusan UPSR dan Sijil Tamat Sekolah
murid tahun enam sehari selepas diumumkan keputusan.
Segala aduan yang diterima akan diambil tindakan semerta
dengan membuat siasatan dan maklum balas dalam tempoh tidak
melebihi 7 hari.
Segala maklumat yang dikehendaki akan disediakan dalam tempoh
tidak melebihi 2 hari.
Segala tuntutan bil dan invois akan dijelaskan dalam tempoh
tidak melebihi sebulan selepas diterima.
Buku latihan murid akan diperiksa dalam tempoh tidak melebihi
3 hari selepas dihantar.
HUBUNGI: Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan jika anda
tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
|